My Add

Thursday 19 July 2012

81 kes tipu gores dan menang

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN
KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Sebanyak 81 kes penipuan peraduan gores dan menang dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini membabitkan jumlah kerugian kira-kira RM649,025.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abu Samah Shabudin berkata, daripada jumlah itu hanya 10 peratus mangsa yang tampil membuat aduan.

“Tiga cara digunakan sindiket ini untuk menipu mangsa iaitu menerusi rayuan, ugutan dan desakan.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket gores dan menang yang dikesan cuba mempengaruhi masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti di Bukit Bintang, KL Sentral, di hadapan bank-bank, di stesen monorel dan pusat beli-belah di sekitar ibu kota," katanya. - UTUSAN

1 comment:

  1. sdr. Saya telah beberapa kali mengutus mesej kpd YB Menteri DS Ismail Sabri mengenai pekara ini yg berterusan terjadi di Ipoh.
    Beberapa ramai mangsa2 telah membuat laporan polis dan kpd Tribunal Pengguna KPDNKk di Ipoh tetapi kegiatan terus berlaku dan masih lagi ada mangsa2 baru. Jawapan yg sama diberi oleh Tribunal dan Polis...kami tak ada kuasa untuk buat apa2.
    Kalau ingin tahu banyak cerita mangsa2 ini di blog ¨aku doktor cinta"please help them.

    ReplyDelete