My Add

Monday 23 July 2012

9 kes pencerobohan di Taman Laut Terengganu

BESUT, ISNIN, 23 Julai, 2012: Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Terengganu mencatatkan sembilan kes pencerobohan nelayan di Taman Laut di negeri ini dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah JTLM Terengganu, Bahrinah Bahrim berkata, daripada jumlah itu, enam kes membabitkan pencerobohan Taman Laut di Pulau Perhentian manakala selebihnya di Pulau Redang.

Katanya, biarpun pihaknya sering memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya nelayan tentang kesan pencerobohan Taman Laut khususnya menggunakan pukat tunda dan pukat jerut, namun masalah itu masih berlaku.

"Berikutan itu, kami terpaksa bertegas dengan mengambil tindakan undang-undang serta meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengatasi masalah pencerobohan.

"Kesemua tangkapan yang dibuat telah didakwa di mahkamah dan menerima hukuman,” katanya di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment