My Add

Monday, 23 July 2012

Simulasi pilihan raya diperkenalkan kepada pelatih PLKN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan mengikuti simulasi pilihan raya sebagai antara penambahbaikan dalam Modul Kenegaraan bermula tahun depan. 

Pelatih terbabit akan menjalankan simulasi proses pemilihan pemimpin kerajaan secara praktikal daripada pembubaran Dewan Rakyat sehingga pelantikan sebagai wakil rakyat. 

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul yang digubal oleh JLKN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu akan mengambil masa tiga hari. 

"Percubaan penambahbaikan itu dilaksanakan pada awal tahun ini di 14 kem PLKN bertujuan menjadikan pembelajaran Modul Kenegaraan lebih menyeronokkan dan memahami proses demokrasi di negara ini," katanya pada Majlis Pelancaran Pemilihan Pelatih PLKN siri 10/2013 di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mulai tahun depan juga semua aktiviti air dalam Modul Fizikal PLKN akan dilaksanakan di dalam kolam renang.

No comments:

Post a Comment