My Add

Thursday 19 July 2012

Abang ipar Presiden Syria maut

                *Daoud Rajha, Assef Shawkat

BEIRUT, RABU, 18 Julai, 2012: Menteri Pertahanan Syria, Daoud Rajha dan timbalannya, Assef Shawkat yang merupakan abang ipar Presiden Bashar al-Assad, maut dalam satu serangan berani mati di ibu pejabat Keselamatan Nasional di Damsyik hari ini, lapor stesen televisyen rasmi.

Pegawai keselamatan berkata, Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar dan ketua perisikan Syria, Hisham Bekhtyar pula cedera teruk dalam kejadian di daerah Rawda tersebut.

Kejadian berlaku ketika pertemuan antara menteri-menteri Kabinet dengan ketua-ketua dan pegawai agensi keselamatan serta tentera.

Sumber keselamatan Syria berkata, seorang pengawal peribadi kepada penyokong Assad dipercayai merupakan penyerang berani mati itu.

''Serangan pada waktu pagi menyasarkan pegawai kanan keselamatan Syria.

''Beberapa peserta pertemuan tersebut cedera teruk,'' lapor stesen televisyen itu.

Aktivis berkata, pengawal presiden menutup hospital di mana semua mangsa yang cedera menerima rawatan.

Dua kumpulan pemberontak Liwa al-Islam dan Tentera Pembebasan Syria mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut.

Sehubungan itu, pihak tentera dalam satu kenyataan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Sementara itu, Bashar telah mengumumkan pelantikan bekas Ketua Staf Angkatan Tentera, Jeneral Fahad Jassim al-Freij sebagai Menteri Pertahanan yang baru berikutan dengan kematian Daoud. - AFP/Reuters/dpa/AP

No comments:

Post a Comment