My Add

Tuesday 24 July 2012

Air: Selangor teliti keputusan Pusat - Dr. Xavier

SHAH ALAM, ISNIN, 23 Julai, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan meneliti beberapa aspek termasuk perundangan jika perlu bagi membolehkan hasrat mereka untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dapat dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, buat masa ini, pihaknya masih meneliti keputusan Kerajaan Pusat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Isu-isu Bekalan Air Selangor hari ini yang menolak cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan pengambilalihan itu.

Katanya, penelitian yang akan dilakukan juga melibatkan arahan Kerajaan Pusat terhadap Peguam Negara untuk mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment