KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Meskipun konflik di Syria semakin genting dengan berlakunya kejadian tembak menembak dan bedilan bom, sembilan pelajar Malaysia bertindak nekad untuk tidak pulang ke tanah air.
Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPSM), Anuar Majdi Azahan berkata, terdapat antara pelajar tersebut yang ingin terus menetap di Syria berikutan tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung belajar di negara ini.
"Walaupun sebelum ini saya telah meminta mereka pulang sementara ke tanah air dan sekiranya keadaan beransur pulih, tiada halangan bagi mereka untuk kembali ke Syria namun, mereka sudah nekad kekal di Syria dalam apa jua risiko yang menimpa.
"Saya juga meminta mereka supaya mengutamakan keselamatan keluarga bagi yang berkeluarga berbanding kehendak peribadi. Namun, mereka tidak mengendahkan permintaan itu dan terus menetap di Syria atas alasan pengajian universiti masih berjalan seperti biasa," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment