My Add

Tuesday 3 July 2012

Anwar, Azmin, CheguBard didakwa lagi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini dikenakan satu lagi pertuduhan berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) di Mahkamah Sesyen di sini.

Dakwaan baru itu menjadikan setiap seorang mempunyai tiga pertuduhan.

Pertuduhan hari ini menyebut, ketiga-tiga individu itu didakwa bersubahat dengan R. Tangam, G. Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias dan lain-lain penyokong perhimpunan terbabit untuk melanggar perintah Mahkamah Majistret yang dibuat pada 26 April lalu oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Bagaimanapun tiada pemimpin Pas atau DAP yang kelihatan di dalam mahkamah.

Sewaktu perlanggaran perintah itu dibuat bagi tujuan bersama, salah seorang daripada mereka atau lebih telah menggunakan kekerasan dan keganasan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment