My Add

Tuesday 3 July 2012

PATI salah guna pasport, visa pelawat

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Pihak berkuasa mengesan 99 peratus daripada rakyat Indonesia yang menggunakan pasport sah untuk memasuki negara ini melalui laluan laut gagal memperbaharui dokumen perjalanan itu selepas tamat tempoh.

Keadaan itu menyebabkan status mereka automatik menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi mereka terus tinggal dan bekerja di negara ini.

Menurut sumber, taktik menyalahgunakan visa pelawat dan pasport merupakan punca utama kebanjiran PATI Indonesia di seluruh negara ketika ini.

Beliau berkata, pemantauan pihak berkuasa di beberapa jeti yang menjadi pintu masuk utama rakyat Indonesia ke negara ini mendapati tangkapan terhadap PATI sudah menurun secara mendadak sejak kebelakangan ini disebabkan mereka masuk secara sah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment