My Add

Tuesday 24 July 2012

Ayub ketuai urus setia NKRA isu keselamatan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, iaitu jawatan baru yang diwujudkan untuk menangani isu-isu keselamatan negara.

Pelantikan itu memberi tanggungjawab kepada Ayub terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju inisiatif-inisiatif yang dirangka untuk keselamatan secara menyeluruh.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jawatan Ayub sebagai Ketua Polis Pulau Pinang akan diisi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Hanafi.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penstrukturan semula dalam Polis Diraja Malaysia membabitkan pelantikan jawatan ketua polis negeri, pertukaran dan kenaikan pangkat seramai 22 pegawai kanannya berkuat kuasa Jumaat lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment