My Add

Tuesday 24 July 2012

Akui KGT syarikat cari untung

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU, ISNIN, 23 Julai, 2012: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) mengaku bahawa ia bukanlah pengeluar mata wang sebaliknya sebuah syarikat berorientasikan untung yang berniaga mata wang dinar dan dirham melalui tiga cara iaitu tempah, jual dan edar.

Ahli Lembaga Pengarah KGT, Datuk Husam Musa berkata, keuntungan syarikat berkenaan diperolehi melalui kenaikan harga emas di pasaran dan ia adalah konsep asas atau perkara biasa dalam perniagaan emas.

Beliau menegaskan, menjual emas pada harga kos adalah tidak masuk akal, justeru menyifatkan individu-individu yang membuat tuduhan terhadap KGT sebagai tidak tahu atau lupa mengenai perkasa asas perniagaan dinar dan dirham.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, turut mengakui dinar dan dirham yang dikeluarkan KGT bukanlah mata wang yang diiktiraf oleh Bank Negara sebaliknya takrifan terhadap kedua-duanya berlandaskan kepada sejarah Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment