My Add

Monday 2 July 2012

Banyak campur tangan politik parti pembangkang

Oleh HELMI MOHD FOAD
SHAH ALAM, AHAD, 01 Julai, 2012: Universiti Selangor (Unisel) yang pada asalnya dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin akan menjadi projek gajah putih ekoran terlalu banyak campur tangan politik setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil alih pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik individu dalam kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan universiti berkenaan.

"Hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila Kerajaan PKR Selangor mengambil alih pentadbiran selepas pilihan raya umum lalu lantas mempolitikkan banyak isu" katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment