My Add

Monday, 2 July 2012

10 negara sah sertai MAHA 2012 November ini

SEREMBAN, AHAD, 01 Julai, 2012: Sebanyak 10 negara mengesahkan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) pada akhir November ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, negara tersebut adalah Afghanistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan, Sri Lanka dan China.

Katanya, lebih banyak negara lagi dijangka mengesahkan penyertaan mereka menjelang MAHA 2012 yang akan diadakan mulai 23 November hingga 2 Disember ini.

"Berdasarkan maklum balas yang diterima, saya yakin MAHA tahun ini akan lebih hebat berbanding yang sebelumnya," katanya pada sidang akhbar selepas menutup MAHA peringkat Negeri Sembilan 2012 (MAHA NS 2012) di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Raihan Sharif. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment