My Add

Thursday 5 July 2012

Bapa Saiful desak petisyen rayuan disegerakan

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Julai, 2012: Julai - Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail segera memfailkan petisyen rayuan selepas penghakiman penuh mengesahkan berlaku penetrasi dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anaknya.

Beliau yang menyambut baik penghakiman penuh tersebut walaupun terpaksa menunggu sehingga enam bulan berkata, petisyen rayuan perlu difail dengan segera bagi memboleh kes anaknya selaku mangsa liwat didengar di Mahkamah Rayuan, demi mencari keadilan untuk Mohd. Saiful.

“Saya percaya hak anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan untuk melalui proses rayuan. Saya juga percaya hak Mohd. Saiful untuk membuat aduan serta diadili sehingga ke peringkat tertinggi tidak akan diabaikan dan dinafikan oleh Peguam Negara.

“Saya yakin dengan kepakaran Peguam Negara dan berharap, beliau tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang tidak mahu petisyen rayuan difailkan," katanya dalam satu kenyataan melalui blog http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment