My Add

Thursday 5 July 2012

Peniaga nasi kandar miliki revolver ditahan

GEORGETOWN, RABU, 04 Julai, 2012: Polis menahan seorang peniaga nasi kandar kerana memiliki sepucuk revolver berserta dua butir peluru yang disorok dalam but kereta di Jalan Van Pragh, Jelutong malam tadi. 

Suspek berusia 42 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 11.30 malam hasil maklumat awam yang diterima. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis menemui sepucuk revolver .38 buatan brazil dan dua butir peluru jenis RP 357 Magnum. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1980 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) - BH

No comments:

Post a Comment