My Add

Tuesday 24 July 2012

Bekas Yang Dipertua MPS diperintah bela diri

SHAH ALAM, SELASA, 24 Julai, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman membela diri terhadap tuduhan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.

Hakim Asmadi Hussin ketika memutuskan perkara itu berkata selepas membuat penilaian maksimum, elemen di bawah pertuduhan membuktikan bahawa tertuduh telah menggunakan kuasanya.

Sehubungan itu, hakim itu memerintahkan Bakaruddin membela diri pada 9 dan 10 Ogos ini.

Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment