My Add

Wednesday 4 July 2012

Bersatu tangani gejala sosial

Oleh SITI MAISARAH RAHIM
KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bimbang dengan penularan amalan-amalan ajaran sesat yang kini digerakkan secara halus melalui pertubuhan tertentu dalam kalangan masyarakat.

Baginda membangkitkan perkara itu kerana tidak mahu melihat umat Islam berpecah dan menjadi lemah dalam keadaan mereka sekarang berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), isu murtad, pluralisme agama, penghinaan dan kritikan terhadap agama Islam.

Baginda bertitah, amalan-amalan ajaran sesat yang sedang aktif di negara ini antaranya mengkafirkan para sahabat Rasulullah, mendakwa guru kumpulan berkenaan sebagai nabi dan menghalalkan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment