My Add

Wednesday, 4 July 2012

Remaja dakwa diliwat lebih 40 kali

*REMAJA yang mendakwa diliwat (tengah) bersama Muhammad Khairul Hafiz (kiri) berkata sesuatu mengenai dakwaan kes dera di Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun pada sidang akhbar di Bandar Hilir, Melaka, semalam.

MELAKA, selasa, 03 Julai, 2012: Seorang bekas penghuni Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun di sini mendakwa pernah diliwat sekurang-kurangnya 40 kali setahun sejak berusia 12 tahun sepanjang tiga tahun ditempatkan di institusi perlindungan itu mulai tahun 2005.

Remaja yang kini berusia 19 tahun mendakwa, sepanjang tempoh itu dia menjadi mangsa deraan fizikal dan seks oral yang dilakukan oleh beberapa kakitangan dan penghuni institusi tersebut.

Menurutnya, semua perbuatan itu bagaimanapun terpaksa dirahsiakan kerana setiap gerak-geri penghuni sentiasa diperhatikan bagi mengelak mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Post a Comment