My Add

Sunday 8 July 2012

Bertindak segera portal berita sebar fitnah

REMBAU, SABTU, 07 Julai, 2012: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap portal berita yang menyebarkan fitnah dan tohmahan tidak berasas kerana ia dikhuatiri akan merosakkan pemikiran rakyat, terutamanya generasi muda.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius keghairahan portal berita propembangkang yang menyebar luaskan fakta tidak berasas, semata-mata untuk memesongkan pemikiran masyarakat.

Katanya, kerajaan tidak perlu was-was untuk mengambil tindakan terhadap pengendali portal berita, kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan mewujudkan kebencian golongan muda kepada kerajaan.

"Fitnah dan tohmahan ini pada saya adalah penyakit yang boleh memudaratkan negara. Jika kerajaan menghalang dengan mewujudkan undang-undang baru daripada segi kebebasan, mereka akan berkata itu tidak demokrasi, anarki dan kuku besi," KAANYA. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment