My Add

Tuesday 3 July 2012

Bukan kerja orang dalam

PROF. Omar Osman menunjukkan skrol ijazah Universiti Sains Malaysia yang mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk nombor siri bagi menjamin ketulenannya pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA


Oleh ZABRY MOHAMAD
PULAU PINANG, ISNIN, 02 Julai, 2012: Salah seorang daripada tiga suspek yang disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan bekas pelajarnya manakala dua lagi ialah orang luar.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Omar Osman berkata, beliau percaya tiada kakitangannya terlibat dalam kegiatan tersebut memandangkan segala maklumat mengenai lulusan universiti itu disimpan rapi termasuk di bilik kebal.

Sehubungan itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pihak polis kerana bertindak pantas menahan kesemua suspek kerana kegiatan tersebut boleh mencemarkan reputasi USM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment