My Add

Wednesday 25 July 2012

Buku jelas isu pemilih diedar

Abdul Aziz menujukkan buku kedua Daftar Pemilih Isu dan Penjelasan selepas majlis sidang media di Suruhanjaya Pilihan Raya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
*ABDUL Aziz menujukkan buku kedua Daftar Pemilih Isu dan Penjelasan selepas majlis sidang media di Suruhanjaya Pilihan Raya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA, SELASA, 24 Julai, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengedarkan 10,000 buku bertajuk Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan ke seluruh negara bagi menjawab 10 isu sering dibangkitkan mengenai daftar pemilih. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu akan diedar ke jabatan kerajaan, parti politik, badan bukan kerajaan dan media.

Buku itu adalah yang kedua diterbitkan SPR selepas kejayaan buku pertama, Fakta Sebenar di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR, April lalu. 

Antara isu yang diperjelaskan dalam buku terbaru, termasuk dakwaan wujudnya lebih tiga juta bukan pemastautin dalam daftar pemilih SPR. 

Turut dijelaskan dakwaan ada 42,000 pemilih awam tidak memperbaharui MyKad masih berada dalam daftar pemilih dan isu daftar pemilih mengandungi ramai pemilih memegang kad pengenalan angka 71. 

Buku kedua ini adalah usaha berterusan SPR untuk memberi penjelasan kepada orang ramai," katanya sebelum Majlis Berbuka Puasa SPR bersama 45 anak yatim dari Rumah Penyayang Bestari, Banting dan Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil di sini, hari ini.. - BH

No comments:

Post a Comment