My Add

Wednesday 4 July 2012

DAP tidak berani hadapi kenyataan

MELAKA, SELASA, 03 Julai, 2012: Tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kerana mereka tidak berani berdepan dengan pelbagai soalan berhubung isu seorang wanita, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan wakil rakyat pembangkang itu termasuk isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) meninggalkan dewan sebelum sidang DUN bermula membuktikan mereka tidak berani menghadapi kenyataan.

"Kalau dia (Betty) tidak bersalah kenapa dia nak lari. Baru kena sikit dah tak boleh tahan. Buat apa nak cerita di luar dan sebagai wakil rakyat elok beri penjelasan di dalam dewan.

"Kita semua nak tahu tentang gambar yang ditunjukkan oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo semalam dan isu seorang wanita yang dikaitkan dengan Guan Eng," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment