My Add

Wednesday 4 July 2012

ADUN DAP pulau sidang DUN

*LIMA ADUN DAP keluar dewan selepas memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, semalam.

Oleh AMRAN MULUP
MELAKA, SELASA, 03 Julai, 2012: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP termasuk Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana) tidak berpuas hati dengan penyiaran gambarnya dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya telah bertindak keluar dewan semasa permulaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Suasana sidang DUN kecoh apabila ketua pembangkang, Goh Leong San (DAP-Kesidang) bangkit mempertikaikan Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad kerana membenarkan jurugambar mengambil gambar sewaktu berlaku kekecohan apabila Datuk Gan Tian Loo (BN-Duyong) membangkitkan isu Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment