My Add

Tuesday 10 July 2012

Derita mangsa dera berakhir

MUAR, ISNIN, 09 Julai, 2012: Penderitaan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera dipercayai oleh bapa tirinya sejak beberapa tahun lalu berakhir, apabila lelaki terbabit ditahan oleh polis di rumahnya, di Taman Sri Bakri, di sini hari ini.

Bapa tiri kanak-kanak malang itu, Hamnenaclejard Noo A. Rahman, 12, ditahan kira-kira pukul 11 pagi selepas pihak sekolah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pukul 9.30 pagi ini.

Semuanya terbongkar apabila salah seorang guru sekolah itu menyedari kesan lebam di mata kanak-kanak tersebut semasa menghadiri perhimpunan di Sekolah Rendah Simpang Jeram, Sungai Abong, di sini.

Setelah didesak, kanak-kanak itu mengaku matanya lebam akibat ditumbuk oleh bapa tirinya dan pemeriksaan lanjut menemui beberapa kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki akibat dipukul dengan tukul besi serta tin penyembur racun serangga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment