My Add

Tuesday 10 July 2012

Eramin 5 bernilai RM58.28j dirampas

*MATRANG Suhaili (tengah) bersama Pengarah Kastam Selangor, Datuk Azis Yacub (kanan) menunjukkan pil Eramin 5 yang dirampas pada sidang media di Wisma Kastam Pulau Indah, Pelabuhan Barat, semalam.

Oleh AZIAN AZIZ
PELABUHAN KLANG, isnin, 09 Julai, 2012: Kastam mematahkan cubaan menyeludup dadah yang didalangi sindiket antarabangsa selepas merampas pil Eramin 5 bernilai RM58.28 juta yang disembunyikan di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat di sini Jumaat lalu.

Kesemua 2,914,000 biji pil khayal itu dimuatkan di dalam 20 kotak hitam serta disembunyikan bersama 202 guni Chewing Tobacco dan 100 kotak Agrabathi yang diikrar sebagai dagangan dalam kontena tersebut.

Difahamkan, kontena yang membawa dagangan dari India menaiki kapal MOL Emissary itu sepatutnya ke Hong Kong pada 18 Jun lalu, tetapi menukar haluannya ke Malaysia mungkin kerana masalah penguatkuasaan dan berlabuh di Pelabuhan Barat pada 23 Jun lalu kerana menyangka akan terlepas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment