My Add

Sunday 1 July 2012

Desakan Faekah letak jawatan meningkat

SHAH ALAM, SABTU, 30 Jun, 2012: Walaupun tidak direstui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, namun desakan supaya Faekah Husin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar didakwa terus meningkat.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya dan kemudian disusuli pula dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafiei supaya digantung tugas.

Kini timbul pula khabar angin yang menyatakan bahawa ramai lagi pemimpin lain dalam parti pembangkang itu khususnya yang memihak kepada Azmin mahu Faekah melepaskan jawatannya itu meskipun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Setiausaha Politiknya itu.

Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar pula dikaitkan salah seorang pemimpin PKR yang didakwa menyokong gesaan supaya Faekah meletakkan jawatannya susulan daripada pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar itu pada 22 Jun lalu bahawa beliau menghantar surat sokongan kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) agar firma guaman yang mempunyai kaitan dengan keluarganya dipertimbangkan menjadi panel peguam syarikat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment