My Add

Sunday 1 July 2012

Pas akui sukar tawan Johor

*MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Himpunan Hijau Pas di Tampoi, Johor Bahru, Johor, semalam. - MINGGUAN/NASIRRUDDIN YAZID

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
MARANG, SABTU,  30 Jun, 2012: Pas mengakui bahawa impiannya untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah sukar walaupun telah berjaya 'menembusi' negeri yang menjadi kubu kuat UMNO itu dengan memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu, ini kerana UMNO pastinya akan mempertahankan negeri yang selama ini menjadi kubu kuatnya daripada dirampas pembangkang.

Bagaimanapun katanya, adalah tidak mustahil bagi Pas untuk merealisasikan hasrat itu memandangkan terdapat peningkatan sokongan oleh rakyat negeri itu kepada Pas.

"Melihat kepada persiapan jentera parti di semua negeri, saya paling berpuas hati jentera di negeri Johor di mana dahulunya sokongan Pas di negeri ini sangat lemah," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment