My Add

Thursday 12 July 2012

Dua anak didakwa ugut ibu, bapa

KOTA BHARU, RABU, 11 Julai, 2012: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengugut ibunya dengan menggunakan sebilah pisau di rumah mereka pada bulan lalu.

Mohd. Ayub Mat Jusoh, 31, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Rahmah Botok, 64, di sebuah rumah di Kampung Surau Bator, Bachok pada pukul 2 pagi, 13 Jun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Mohd. Yazid Yahya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes 8 Ogos ini.

Sementara itu, Nor Mohammad Azani Azmi, 32, mengaku bersalah di mahkamah sama atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya hujung bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment