My Add

Monday 23 July 2012

Dua pekerja hotel mengaku tidak bersalah cabul wanita

KOTA BHARU, AHAD, 22 Julai, 2012: Dua pekerja hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mencabul seorang wanita berusia 46 tahun di tangga hotel berkenaan Isnin lalu.

Kedua-dua tertuduh, Sakari Mohamad, 54, berasal dari Kuala Terengganu dan Mohd. Ridzuan Mahmood Maidin, 36, dari Pasir Puteh meminta dibicarakan di hadapan Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai penyambut tetamu didakwa secara bersama menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita itu yang merupakan pengunjung hotel untuk mencabul mangsa di atas tangga tingkat 11 hotel berkenaan pada pukul 11.40 pagi, 16 Julai lalu.

Difahamkan, mangsa seorang ahli perniagaan dari Pasir Mas, mengunjungi hotel berkenaan untuk menemui seorang rakan bagi membincangkan perniagaan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment