My Add

Monday 2 July 2012

Festival Sungai Melaka Sedunia 2013 dilancar

*MOHD. Khalil Yaakob (kanan) dan Mohd. Ali Rustam diiringi Exco ketika hadir pada majlis penutup Pesta Sungai Melaka 2012 di Melaka, kelmarin.

MELAKA, AHAD, 01 Julai, 2012: Kejayaan Pesta Sungai Melaka 2012 menggamit kunjungan hampir sejuta pelancong ke negeri ini sepanjang bulan Jun lalu telah mendorong kerajaan negeri untuk menukar namanya kepada Festival Sungai Melaka Sedunia 2013.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, langkah itu akan membolehkan pesta tersebut disenaraikan pula dalam kalendar pelancongan dunia.

“Selari dengan sambutan yang diterima, festival itu akan diadakan antara 1 hingga 30 Jun tahun depan dan surat jemputan bakal diedarkan kepada pihak berkaitan pelancongan seluruh dunia agar ia boleh dimasukkan dalam aktiviti pelancongan mereka.

“Kita berharap festival akan datang tidak hanya tertumpu di Sungai Melaka sebaliknya diperluaskan ke seluruh negeri dengan setiap daerah perlu mempunyai aktiviti bersesuaian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment