My Add

Monday, 2 July 2012

Permintaan dalaman minyak sama banyak eksport

KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Julai 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun Malaysia merupakan pengeluar minyak tetapi permintaan dalaman adalah hampir sama banyak dengan minyak yang dieksport, menjadikan negara ini sebenarnya sebagai pengeksport bersih yang marginal (marginal net exporter).

Perdana Menteri berkata, minyak keluaran Malaysia lebih sesuai untuk pasaran antarabangsa, manakala untuk keperluan dalam negara, kerajaan terpaksa mengimport dan memproses minyak dari negara-negara seperti di Asia Barat.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga memberi sumbangan besar kepada rakyat melalui subsidi melebihi RM2 bilion pada setiap tahun bagi setiap liter petroleum produk yang dikeluarkan termasuk LPG dan diesel.

"Kalau kita lihat sebagai contoh satu liter RON95 ada jumlah subsidi RM0.82 sen satu liter. Maknanya kalau kita bayar RM1.90 satu liter kita sepatutnya bayar RM1.90 campur RM0.82 sen tambahan.

"...dan kalau kita kira satu tangki penuh maknanya lebih kurang 25 liter kita akan jimat perbelanjaan antara RM25 hingga RM30 sekali kita isi tangki kereta kita sepenuhnya. Ini merupakan penjimatan sebenar yang kadangkala kita tak sedari," katanya menjawab soalan dikemukakan seorang daripada Rakan Online Najib Razak yang dimuat naik dalam blog www.1malaysia.com.my, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Malaysia sebagai pengeluar minyak sepatutnya perlu menetapkan harga, bukannya mengikut harga minyak dunia serta adakah Malaysia mengimport minyak dari negara lain dan jika begitu, apakah gunanya Petronas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment