My Add

Sunday 1 July 2012

Ijazah palsu,: USM buat laporan polis

UALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 201: Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuat laporan polis berhubung satu sindiket yang menawarkan ijazah palsu universiti itu menerusi laman web.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tentang wujudnya sindiket tersebut selepas kegiatan itu dikesan sejak beberapa minggu lalu.

“Sehingga kini USM masih lagi menunggu hasil siasatan pihak polis untuk menangkap dan mendakwa suspek.

“Sindiket ini dipercayai dilakukan oleh rakyat tempatan dan beroperasi dari dalam negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, USM masih belum menerima sebarang aduan daripada mereka yang tertipu dengan sindiket tersebut.

Omar berkata, USM telah mengambil tindakan mengetatkan ciri-ciri keselamatan skrol ijazah yang lama menerusi proses keselamatan rapi dan mengandungi ciri-ciri keselamatan serta nombor siri khas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment