PASIR GUDANG, SABTU 30 Jun, 2912: Pergerakan Pemuda UMNO akan merombak kepemimpinan peringkat negeri dalam masa terdekat sebagai usaha untuk memantapkan lagi jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, rombakan itu bukan perkara luar biasa malah sudah dilakukan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah.
"Bagi negeri lain termasuk Johor, saya masih pantau sama ada perlu atau tidak rombakan pemimpin negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bandar Seri Alam, dekat sini, hari ini.
Khairy menafikan rombakan itu dilakukan berikutan wujud perpecahan di kalangan ahli pergerakan itu atau kepimpinan negeri yang tidak diterima peringkat akar umbi.
Beliau berkata demikian sebagai menolak desas-desus mengenai Ketua Pemuda Johor, Mohd Fadzil Muskon yang dikatakan tidak diterima oleh segelintir Ketua Pemuda bahagian. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment