My Add

Wednesday 11 July 2012

IPP Malaysia meningkat 7.6 peratus pada Mei

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Julai, 2012: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 7.6peratus pada bulan Mei 2012 berbanding bulan sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Peningkatan pada bulan Mei 2012 disebabkan oleh kenaikan semua indeks, iaitu Pembuatan (6.5 peratus); Perlombongan (11.5 peratus); dan Elektrik (6.6 peratus). "IPP pada bulan April 2012 kekal 3.2 peratus tahun ke tahun," kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Pada asas pelarasan musim bulan ke bulan, IPP bulan Mei 2012 meningkat sebanyak 3.0 peratus 

Jabatan itu berkata, output sektor pembuatan bagi bulan Mei 2012 mencatatkan peningkatan 6.5 peratus, berasaskan tahun-ke-tahun. 

Output April 2012 meningkat 5.7 peratus berbanding bulan yang sama pada 2011, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment