My Add

Monday 23 July 2012

Iskandar Malaysia terima pelaburan baru RM10.67 bilion

Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU, ISNIN, 23 Julai, 2012: Iskandar Malaysia, kawasan yang bakal menjadi sebuah metropolis kukuh, mapan dan bertaraf antarabangsa berjaya memperoleh RM10.67 bilion pelaburan komited baru dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, dengan pelaburan baru itu, jumlah pelaburan komited kumulatif yang direkodkan IRDA sejak 2006 hingga Jun tahun ini kini mencecah RM95.45 bilion.

Daripada jumlah pelaburan komited melibatkan pelbagai sektor itu, sebanyak 43 peratus berjaya direalisasikan dengan 62 peratus (RM58.95 bilion) melibatkan pelaburan domestik dan 38 peratus (RM36.5 bilion) mewakili pelaburan asing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment