My Add

Thursday 5 July 2012

Isteri Lim Guan Eng bersama 4 ADUN DAP digantung 6 bulan

MELAKA, RABU, 4 Julai, 2012: - Selepas bertindak keluar dewan semasa permulaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Kelima semalam, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP digantung daripada menghadiri sidang DUN selama enam bulan berkuat kuasa hari ini.

Mereka yang dikenakan hukuman tersebut ialah Ketua Pembangkang, Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh).

Speaker, Datuk Othman Mohamad Othman mengumumkan penggantungan itu mengikut Peraturan 34 Perkara (1) hingga (4) Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka.

"Tindakan menggantung lima ADUN ini kerana mereka gagal mematuhi peraturan sidang DUN termasuk membawa sepanduk tertulis perkataan 'shame on you Gan Tian Loo' (malulah kamu Datuk Gan Tian Loo).

"Mereka juga menimbulkan kekecohan selama 25 minit walaupun selepas saya menangguhkan persidangan menyebabkan sidang DUN tidak dapat dimulakan dan ditangguh ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment