My Add

Friday 6 July 2012

Johor jadi transit seludup haiwan eksotik dari negara jiran

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Sindiket seludup haiwan eksotik kini menjadikan Johor sebagai transit utama bagi membawa masuk haiwan terbabit dari negara jiran sebelum dipasar ke negara luar termasuk China.

Dalam satu pendedahan kepada Bernama di sini, sumber yang terbabit secara langsung dalam siasatan kes perdagangan haiwan eksotik itu, memberitahu haiwan terbabit diseludup menerusi jalan laut sebelum diangkut menggunakan kereta mewah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Siasatan mendapati kawasan pantai di Muar dan Batu Pahat yang sunyi dan terpencil kini menjadi lokasi utama penyeludup membawa masuk haiwan berkenaan, sebelum kargo eksotik itu dibawa ke utara bagi menyeberangi sempadan Thailand, katanya.

Penggunaan kereta mewah itu juga merupakan taktik terbaru sindiket yang didalangi orang tempatan bagi mengurangkan risiko dikesan pihak berkuasa.

"Walaupun kos pengangkutan menggunakan lori adalah rendah, tetapi risiko keseluruhan muatan haiwan eksotik itu dirampas oleh pihak berkuasa adalah tinggi berbanding menggunakan beberapa buah kereta.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment