My Add

Friday 27 July 2012

Jurukimpal rugi RM70,000, kereta, motosikal dalam kebakaran

BATU GAJAH, JUMAAT, 27 Julai, 2012:: Seorang jurukimpal kerugian lebih RM70,000 apabila dua kereta, tiga motosikal dan dua basikal berkuasa elektrik milik keluarganya musnah dalam kebakaran di rumahnya di Taman Pinggiran Timah Jaya, Tanjung Tualang, di sini, awal pagi tadi. 

Loo Siew Seng, 42, berkata beliau menyedari kejadian itu pada jam 3 pagi apabila terdengar bunyi letupan di luar rumah. 

Apabila saya menjenguk keluar, saya lihat semua kenderaan terbabit sedang terbakar lalu saya mengejutkan ibu bapa, serta isteri dan anak-anak saya untuk menyelamatkan diri, katanya ketika ditemui pemberita, di sini. 

Loo yang bekerja di luar negara dan baru pulang untuk bercuti selama dua minggu, berkata kebakaran turut menyebabkan bahagian depan rumahnya rosak. 

Beliau juga mendakwa terdengar bunyi enjin sebuah motosikal sedang memecut meninggalkan kawasan rumahnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shahrum Anuar Abdul Latif ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan perbuatan khianat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment