My Add

Friday 27 July 2012

Mayat dua anak kapal MV Bunga Alpinia ditemui

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LABUAN, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Mayat dua mangsa tragedi letupan dan kebakaran kapal milik MISC Berhad, MV Bunga Alpinia di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan semalam ditemui hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiman Kasran, mayat kedua-dua mangsa ditemui kira-kira pukul 1 petang terapung kira-kira 30 meter dari kawasan kejadian iaitu antara Jeti Amsteel dan Jeti Iron.

Beliau berkata, mayat tersebut dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk pengecaman dan bedah siasat.

Dalam kejadian semalam, seorang anak kapal maut manakala empat hilang selepas kapal yang membawa muatan bahan kimia itu meletup dan terbakar selepas dipercayai dipanah petir. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment