My Add

Tuesday 3 July 2012

Kabel dicuri, penduduk terputus hubungan telefon

PENDANG, selasa, 03 Julai, 2012: Hampir 300 penduduk Kampung Belakang Pendang dan petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang terputus hubungan telefon rumah sejak semalam akibat kecurian kabel Telekom Malaysia(TM). 

Kecurian itu berlaku ketika orang ramai sibuk menonton perlawanan akhir bola sepak Euro 2012 di antara Itali dengan Sepanyol kira-kira 3 pagi semalam. 

Ketua Operasi JPAM Pendang, Muhamad Izzudin Inus Maeh berkata beliau gagal membuat panggilan telefon awal pagi sementara penduduk kampung datang terus ke pejabatnya mengadu yang sama selepas tidak dapat berhubung untuk meminta bantuan kecemasan. 

Beliau berkata, berikutan keadaan tersebut anggotanya sukar menjalankan kerja menyelamat dan berharap pihak TM segera melakukan kerja baik pulih. 

"Diharap TM segera berbuat demikain bagi menyenangkan semua pihak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. 

Tinjauan mendapati kira-kira 100 meter kabel TM dipotong dan dicuri sementara anggota JPAM menggunakan alat 'walkie-talkie' untuk berhubung dan menjalankan kerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment