My Add

Tuesday 3 July 2012

Lima wakil DAP keluar sidang DUN Melaka

AYER KEROH, SELASA, 03 Julai, 2012: Lima wakil DAP keluar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, beberapa minit selepas bermula jam 9.30 pagi tadi. 

Mereka membantah tindakan media menyiarkan laporan berkaitan isu seorang wanita dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini dan malam tadi. Ia bermula sebaik saja bacaan doa selesai Speaker DUN, Datuk Wira Othman Muhamad. 

Ketua Pembangkang, Goh Leong San pertama bangun sebelum mempertikaikan tindakan media itu. 

Ini kemudian dibalas oleh penyokong kerajaan yang meminta mereka diam dan duduk. 

Keadaan terus kecoh beberapa minit sebelum lima wakil DAP itu keluar. 

Sidang diteruskan selepas itu. - BH

No comments:

Post a Comment