My Add

Wednesday 25 July 2012

Kampung Merdeka tawar hadiah RM1.8 juta

SHAH ALAM, SELASA, 24 Julai, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bercadang menganjurkan pertandingan Kampung Merdeka yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.8 juta kepada para pemenangnya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pertandingan itu bertujuan menyemarakkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung yang berbilang kaum dan agama sempena bulan kemerdekaan.

Katanya, cadangan mengadakan pertandingan itu telah dibawa ke Kabinet dan akan dibentangkan untuk kali kedua esok.

“Dalam pertandingan itu, kampung yang memenangi tempat pertama akan dihadiahkan RM1 juta sama ada dalam bentuk projek atau geran, pemenang kedua menerima hadiah bernilai RM500,000 dan tempat ketiga sebanyak RM300,000," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Ihya’ Ramadan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Selangor di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sekolah Kebangsaan Bukit Naga, Seksyen 32 di sini petang ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment