My Add

Wednesday 25 July 2012

Dipaksa ambil alih hutang Talam?

Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut penjelasan daripada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar berhubung rasional perniagaan perbadanan itu dalam mengambil alih hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, JMM merasa amat pelik kerana secara rasionalnya peranan utama PKNS adalah untuk membina rumah bagi kepentingan orang miskin dan bukannya mengambil alih hutang orang kaya seperti Pengerusi Talam, Tan Sri Chan Ah Chye.

"Kami meminta jasa baik Othman untuk memperjelaskan kepada rakyat Selangor sama ada beliau membuat keputusan meluluskan resolusi pengambilalihan hutang tersebut dengan rela atau dipaksa.

"Jika beliau dipaksa, kita memintanya memberitahu kepada rakyat Selangor, siapakah yang telah memaksa beliau dan PKNS terlibat dalam urusan perniagaan pengambilalihan hutang orang lain?" katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment