My Add

Sunday 8 July 2012

Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia akan diwujudkan

BANGI, AHAD, 08 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mewujudkan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia dalam tempoh terdekat ini. 

Perdana Menteri, berkata ia adalah antara usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat membeli buku, peralatan tulis serta kain pada harga rendah.

'Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia, jamin murah untuk rakyat, kita akan buat tidak lama, ini baru dua, banyak lagi kita akan buat untuk rakyat," kata Najib ketika berucap pada program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di sini. hari ini. 

No comments:

Post a Comment