My Add

Sunday, 29 July 2012

Kembar Siam mula panggil 'ayah'

*AZLI Sabran melihat keadaan anak kembarnya, Muaiman Azli yang selesai menjalani pembedahan pemisahan bersama kembarnya, Muaimin Azli (gambar kecil) di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Julai, 2012: Tiada perkataan yang mampu diungkapkan oleh bapa kepada pasangan kembar Siam yang berjaya dipisahkan pada 14 Julai lalu selain bersyukur ke hadrat Ilahi apabila melihat anak-anaknya itu semakin ceria.

Lebih mengharukan, menurut Azli Sabran, 40, anak-anaknya, Muaiman dan Muaimin, 15 bulan, sudah mula memanggilnya 'ayah'.

Reaksi itu sedikit sebanyak mampu merawat kesedihan dan kepenatan sepanjang 15 bulan bersengkang mata dan 'berkampung' di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjaga kedua-dua kanak-kanak luar biasa itu sejak dilahirkan.

''Jika sebelum ini Muaiman dan Muaimin asyik menangis terutama ketika mahu membuang air besar, kini tangisan itu tidak kedengaran lagi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment