My Add

Sunday 29 July 2012

PKNS dituntut beri penjelasan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM, SABTU, 28 Julai, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) , Othman Omar memberikan penjelasan mengenai dakwaan anak syarikat kerajaan negeri ini mengambil alih hutang Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, penjelasan itu harus dikemukakan oleh Othman kerana jika ia benar, PKNS dilihat telah lari daripada matlamat asalnya sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat negeri seperti mana ia mula-mula ditubuhkan.

"Apakah agenda PKNS telah dipadam oleh kerajaan negeri hari ini. Bukankah kerajaan negeri pernah berjanji akan menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor, namun berapa banyak yang telah disediakan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment