My Add

Sunday 1 July 2012

Kerajaan DAP tidak ikhlas dalam projek lereng bukit

PULAU PINANG, SABTU, 30 Jun, 2012: Kerajaan negeri pimpinan DAP dilihat tidak ikhlas apabila mengenakan pelbagai prosedur ketat kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, walaupun sebelum ini mereka mengumumkan orang awam boleh melihat dokumen tersebut, namun syarat-syarat yang dikenakan menyusahkan.

"Kerajaan negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupun mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

"Saya ingin tanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temu janji beserta syarat-syarat lain?," soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow mengumumkan kerajaan negeri akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 38 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment