My Add

Sunday 8 July 2012

Kerajaan Kelantan tidak mampu selesai masalah air: Fatmi

KOTA BHARU,AHAD, 08 Julai, 2012: Kerajaan Kelantan tidak akan mampu menyelesaikan masalah air bersih di negeri itu walau sebesar mana sekalipun jumlah peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan. 

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan PAS itu tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan isu tersebut. "Bagi pinjaman pun tak selesai juga. Seperti mana pinjaman mudah yang disalurkan sebanyak RM600 juta dahulu. Duit habis begitu sahaja. 

"Adalah lebih baik serahkan sahaja kerajaan negeri ini kepada Barisan Nasional yang saya pasti masalah ini akan selesai bagi tempoh sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi di sini, hari ini. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Selasa lalu berkata negeri itu memerlukan perbelanjaan RM2 bilion lagi bagi menyelesaikan masalah bekalan air. 

Minggu lalu, Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM26.7 juta bagi tujuan sama. 

Pada majlis itu, 100 pelajar menerima sumbangan wang ihsan antara RM200 dan RM800 seorang bergantung kepada kursus yang bakal diikuti mereka di institusi terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment