My Add

Sunday 1 July 2012

Kerajaan Pusat bantu kerajaan Pas Kelantan RM5.3 bilion

KULIM, AHAD, 01 Julai, 2012: Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan berjumlah RM300 juta kepada kerajaan persekutuan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini, Ahmad Zahid berkata bantuan tersebut disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri dan agensi-agensi kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan bantuan kepada rakyat miskin di Kelantan.

Fakta bantuan kewangan ini diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan dibentangkan di Parlimen Mei lepas, kata Ahmad Zahid.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat berfikir secara rasional dan menilai dengan adil kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji berbeza dengan pakatan pembangkang ibarat "saudagar janji." - UTUSAN

No comments:

Post a Comment