SHAH ALAM, AHAD, 01 Julai, 2012: Universiti Selangor (Unisel) yang pada asalnya dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin akan menjadi projek gajah putih ekoran terlalu banyak campur tangan politik setelah kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil alih pentadbiran universiti milik kerajaan negeri itu.
Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar pada sidang akhbar di sini berkata, tindakan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik individu yang terlibat dalam politik sebagai lembaga pengarah Unisel banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan universiti itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment