My Add

Monday 23 July 2012

Kes Sosilawati: Pembelaan gagal panggil 3 DPP jadi saksi

SHAH ALAM, ISNIN, 23 Julai, 2012: Pihak pembelaan dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, gagal dalam cubaan mereka untuk memanggil tiga Timbalan Pendakwa raya sebagai saksi dalam perbicaraan kes itu. 

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan untuk menolak permohonan itu hari ini. Sebelum ini, peguam Manjeet Singh Dhillon mengemukakan permohonan untuk mensapina Timbalan Pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani, untuk menjadi saksi dalam permohonan pihak pembelaan membuang dua eksibit dalam kes berkenaan. 

Ia berikutan eksibit berkenaan, iaitu nota prosiding membabitkan kes dua saksi pendakwaan, U Suresh dan K Sarawanan yang didakwa atas kesalahan melupuskan bukti dalam kes pembunuhan itu, telah dikemukakan di mahkamah oleh tiga Timbalan Pendakwa raya berkenaan dan mereka juga terbabit dalam prosiding kes membabitkan Suresh dan Sarawanan di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting. 

Suresh, 28, dan Sarawanan, 21, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka. - BH Online

No comments:

Post a Comment